Resdung tak sama dengan alahan

on Monday, February 10, 2014

Akhir2 ini anak perempuan saya selalu kena semput. Mungkin sebab perubahan cuaca. Pagi2 dia kerap bersin. Saya ingat mungkin sejuk pagi2 jadi dia kerap bersin. Dari tengahari hingga malam tak bersin tp hidung dia tersumbat. Bila suruh buang tiada hingus. Bila biar lama2 jadi infection sampai satu hari dia semput. Dia bernafas mencungap2 & dada dia rasa ketat. Jadi saya terpaksa bawa ke klinik. Utk pertama kali dalam hidup dia kena sedut gas. Lepas tu dia rasa lega. Tak sampai seminggu semput lagi & masa tu baru saya tahu yg gas tu tak elok ambil selalu. Saya ambil ubat tp tetap pergi ke Tropicana Medical Centre (Kota Damansara) utk mendapatkan nasihat pakar. Maklum la.. Company husband cover so bayar la dulu. Nanti claim kemudian. Cadangnya nak dptkan 2nd opinion sbb ada juga yg kata dia kena resdung. Jumpa doktor & perkara pertama yg dia buat ialah skop dalam hidung so nampak la kat skrin tv tu keadaan dalam hidung dia tu. Pernah pergi pakar lain tp x dpt tgk kat screen. Doktor explain je so kiranya pergi kali ni puas hati la sbb doktor tunjuk keadaan dalam hidung dia. Mmg dalam hidungnya & tonsil bengkak. Ianya adalah alahan & bukannya resdung macam yg ramai orang kata. Kata doktor, kalau resdung kita akan rasa mengenyam kat bahagian T zone tu. Dari dahi, tepi hidung, batang hidung, etc. Tu yg bila gatal kita asyik tenyeh hidung & lama2 hidung akan kembang. Tapi dalam kes anak saya dia cuma alahan. Tak pasti alahan pada apa, boleh jadi habuk, sejuk, etc. Tapi yg saya sgt pasti dia mmg tak boleh tidur dalam aircond (too bad my dear).. kalau tidur aircond je esoknya mesti dia bersin2. Bila start bersin dalam hidung akan bengkak & menyumbat saluran pernafasan. Bila tidur malam dia akan guna mulut utk bernafas (sbb hidung tersumbat) tu yg selalunya orang yg bermasalah begini tidur berdengkur. Bila bernafas guna mulut pula kuman akan serang tonsil. Tonsil pula bengkak & kena jangkitan. Jadinya kalau lepas ambil ubat pun tak ok jalan terbaik ialah buat operation utk buang tonsil yg bengkak tu. Lepas tu doktor suruh cuci hidung guna mesin. Masa tu terfikir mcm mana la nak cuci dlm hidung tu ye.. Rupa2nya pakai mesin ni..


Habis cuci tu baru dia rasa lega sgt & muka dia nampak berseri sikit. Btw, tanya hari tu mesin ni harganya RM600 ye. Mana la tau ada yg anaknya masalah sama & rasa lebih mudah kalau standby kat rumah. Maka pulanglah kami hari tu dengan ubat yg doktor bagi bawah ni...

Sembur oxy-nase dalam hidung dulu supaya bengkak tu surut.. lepas tu sembur nasonex pula utk pulihkan alahan. Mula2 ok masuk minggu ke-3 anak dah complain yg bila sembur nasonex tu hidungnya pedih & dia tak nak pakai lagi. Fikir punye fikir last2 bagi dia kunyah colustrum ni je utk tingkatkan antibodi....



Bila antibodi kuat dia tak mudah kena alahan. Dan utk hilangkan lendir pagi2 tu dia makan supplement saya lacto fiber ni (dia sendiri yg nak makan hi.. hi.. ) sbb dia kata bila makan tu semua lendir2 keluar & dia tak mengantuk dalam kelas!


So dengan combination tu la dia bertahan sehingga hari ni. At least saya tahu xde side effect sbb ianya cuma supplement sedangkan nasonex tu saya tahu adalah sejenis 'drug'. Oh! ya. Pada mereka yg mungkin nak pergi pakar ENT & nak tahu la lebih kurang berapa banyak duit nak kena bawa anda boleh refer kat hospital bil kat bawah ye..

Ni yg utk sekali visit.. the next visit pun amount lebih kurang sama so lebih baik kalau boleh dptkan Guarantee Letter dari insurance & kemudian pergi klinik pakar sbb bill nnt insurance yg akan bayar. Hope you'll find this extry helpfull sbb ramai orang ingat alahan hidung tu resdung jadi mereka gunakan kaedah merawat resdung utk rawat alahan. Tu yg penyakit tak hilang2 & salahkan ubat. Bila kita dah faham alahan hidung tu baru kita tahu nak rawat macam mana & cari ubat yg betul. Pada mereka yg nak cuba colustrum & lacto fiber tu boleh klik di sini ye ;-)
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Tupperware Kiosk Online! All Rights Reserved