Petua agar ayam tak hanyir & kurang berminyak..

on Tuesday, July 16, 2013

Bulan2 puasa ni ibu2 sibuk la memasak makanan kegemaran anak & pasti ramai kanak2 suka makan ayam; ayam goreng, sambal ayam, rendang ayam, etc. Tapi perasan tak ayam sekarang tak macam dulu. Ayam skrg byk lemak & ada bau hanyir. Maklum laaa.. ayam 48 hari la katakan hi.. hi.. Kadang2 masak tengahari malam dah berbuih, kalau di biarkan semalaman ada bau hanyir yang amat kuat jadi sebaik2nya jgn la makan ayam selalu. Tapi bila nak makan tu cubalah rendam ayam tu dulu dengan tepung gandum dulu. Macam gambar kat bawah ni seekor ayam, direndam dgn 1/2 cawan tepung gandum. Gaul rata & biarkan dalam 10 minit kemudian basuh bersih. Pastikan dah siang & buah lemak baru rendam ye. Anda akan dapati ayam tu lemaknya akan berkurangan & bau hanyir tiada lagi. Cubalah ye ;D


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Tupperware Kiosk Online! All Rights Reserved