Rawatan buasir terkini - Stapler

on Thursday, June 6, 2013

Tak ramai orang yg nak membincangkan lebih detail tentang penyakit buasir ni, mungkin mereka malu. Saya harap tulisan ini dapat memberi idea tentang kaedah rawatan buasir terkini di Malaysia, tahap penyakit buasir, kos rawatan, langkah2 rawatan & selepas rawatan. Semoga mereka yg menghidap penyakit ini ada idea tentang pilihan2 rawatan yg mereka ada & apa yg akan mereka lalui. Harap memberi manfaat pada semua...

Baru2 ni ada seorang kenalan kena buasir atau dalam bahasa saintifiknya 'hemorrhoid'. Dia bertanya pada doktor A & doktor A menyarankan agar dia menjalani rawatan 'rubber band' manakala doktor B pula menyarankan agar dilakukan rawatan stapler. Kaedah manakah yg terbaik? Untuk itu kita kena faham dahulu '4 stages of hemorrhoid' atau '4 tahap buasir'.. Sila lihat gambarajah di bawah ye..


Stages2 ini di tentukan mengikut tahap kebengkakan pada dinding usus. Untuk stage 1 & 2 bengkak tu masih belum besar jadi memadai dengan memasukkan pil utk mengurangkan bengkak tersebut. Anda juga boleh masukkan balik setiap kali lepas buang air. Untuk stage 3 & 4 pula boleh gunakan kaedah rubber band atau stapler. Pada tahap ini ada pesakit yg bila buang air besar di sertai dgn darah & kadang2 nak kentut pun rasa takut. Nak masukkan balik pun dah tak boleh dah hu.. hu.. 

Kaedah Rubber Band 
Bengkak itu dah besar jadi bayangkan doktor gunakan getah utk mengikat bengkak itu utk mematikan salur darah & seterusnya mengecutkan bengkak. Selepas beberapa hari prosedur ini getah ini akan tanggal dgn sendirinya. Masalahnya dgn kaedah ini ialah ianya tidak menyembuhkan bengkak itu secara 100% jadi pesakit mungkin harus menjalani kaedah ini sekali lagi

Kaedah Stapler (ini yg terbaru)
Menurut doktor kaedah ini yg paling kurang sakit berbanding yg lain2. Dimana alat dibawah ini dimasukkan & bengkak @ lebihan daging akan dipotong. Sebaik sahaja potongan dibuat luka akan di 'stapler' jadi luka tak perlu dijahit manakala lebihan daging tadi di hantar ke makmal utk di analisa. Luka baik nnt stapler tu akan tanggal sendiri


Oleh kerana kenalan saya ni dah beberapa kali pergi klinik biasa atas sbb penyakit yg sama & dah tak daya nak melayan buasir yg mengganggu kehidupan harian dia mengambil keputusan utk membuang terus buasir tu dgn kaedah stapler. Lagi pun doktor kata tak sakit macam dulu2 sbb stapler di dalam, dulu2 guna kaedah manual di mana bengkak tu dibuang dari luar & luka pun diluar jadi bayangkan sakitnya bila nak buang air besar hu.. hu.. Orang yg dah bersalin normal tau la macam mana rasanya bila nak buang air lepas bersalin kan?

Bayaran
Kaedah ini dilakukan di Tropicana Medical Centre & bayaran utk keseluruhan rawatan dari hari pertama masuk hospital hingga keluar hospital adalah dalam RM8,000. Kenalan saya bernasib baik sbb insurans syarikat 'cover' utk buat rawatan ni jadi cuma tandatangan borang & balik siapkan diri aje. Kat hospital lain tak pasti pula kaedahnya, mungkin kena uruskan sendiri 'Guarantee Letter' tu so kena tanya hospital yg anda nak dptkan rawatan tu ye

Kaedah Rawatan utk Stapler ni
4 ptg ~ Masuk wad
5 ptg ~ Masuk ubat punggung utk buang air besar sbb jam 2 ptg keesokan harinya perlu buat scope utk memeriksa usus & dah alang2 buat scope tu terus scope perut sekali sbb kenalan saya ni juga ada gaktrik
5 ptg - 12 mlm ~ Kena minum 1 jag air yg diberikan utk bersihkan @ kosongkan usus sbb nak buat scope nnt. Doktor tak nak ada najis dlm usus
12 mlm - 2ptg ~ Kena puasa, tak boleh makan dah
2 ptg - 6 ptg ~ Diberi ubat pelali seluruh badan & dimulakan dgn scope usus & perut. Selepas itu diikuti pula dgn kaedah stapler
7 ptg ~ Sedar dari ubat pelali & dah boleh makan seperti biasa
Keesokan harinya keluar dari hospital & stapler tu kita boleh bawa balik. Btw, mmg boleh guna sekali je pun stapler tu...

Selepas stapler
Rasa tak selesa cuma beberapa hari aje sbb bekas stapler tu akan rasa mcm bengkak juga jadi pastikan anda gunakan ubat sub utk kurangkan bengkak yg doktor bagi tu. Dapat la MC 2 minggu & jumpa doktor utk pemeriksaan susulan selepas itu. Menurut doktor sesetengah pesakit ada yg seminggu je MC pastu dah boleh kerja. Masa rawatan susulan tu doktor akan bagi keputusan makmal tentang lebihan daging tu berserta laporan scope perut.  Dah nama pun stapler & luka pun di dalam maka berpantanglah seperti orang dlm pantang @ lepas pembedahan ye 

Alhamdulillah kenalan saya dah pulih & setakat ini tiada side effect dari kaedah ini. Ada orang rasa malu nak dptkan rawatan tp bila dah sakit tu serah diri aje la kat doktor tp pastikan anda dapatkan rawatan yg betul ye. In this case kenalan saya jumpa 2 orang doktor supaya dia boleh memilih kaedah rawatan buasir yg terbaik. Harap entri ini dpt memberi manfaat pada semua ye... 
Ranking: 5

{ 37 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

BUAT KAT MANA TU...
boleh email kat saya tak
hayaati@lgm.gov.my


July 1, 2014 at 6:14 PM
Unknown said...

Rawatan semula jadi utk pesakit buasir bole lawati Fb tumbuhan herba mujarab penawar buasir.


January 29, 2015 at 9:51 AM
Dr Akbar Abdullah said...

Info yang menarik. Walau bagaimanapun cuba elak buasir daripada melarat sehingga terpaksa menjalani pembedahan.


July 2, 2015 at 7:58 AM
Dr Akbar Abdullah said...

Info yang menarik. Walau bagaimanapun cuba elak buasir daripada melarat sehingga terpaksa menjalani pembedahan.


July 2, 2015 at 7:58 AM
Anonymous said...

Hahaha....sy pun baru buat last week.allhadulilah selepas buang seminggu mc dah tu bole keje.cuma kene berpantang la kan huhuhu.


November 16, 2015 at 5:54 PM
Anonymous said...

saya pun baru buat sebulan yg lalu. Macam mana keadaan sahabat puan sekarang ni? any complications or ada tak terjadi lagi masalah buasir selapas 3 tahun?


April 28, 2016 at 12:35 AM
Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

Alhamdulillah sejak buat tu xde apa2 masalah dah.. Sampai skrg 😃


August 15, 2016 at 8:29 AM
gustilala said...

Boleh cerita pengalaman cik buat rawatan.. sy sdang mengalami buasir thp 3 dan tkt utk buat stapler


January 31, 2018 at 12:56 AM
Unknown said...

Rawatan stapler ni ada buat dak dkt hospital kerajaan


February 9, 2018 at 4:34 AM
Unknown said...

Alhamdulillah sy br je buat 4hr lps. msh brpntg. cuma xpdt prosedur yg mn. tp ms buat tu sy sedar. cuma mmg xrs lgsg apa yg dktr buat. skt pula xyah ckpla. tp nk dbndgkn dgn skt tggug azab 5thn ni. jd tawakl je.


June 24, 2018 at 2:53 PM
Unknown said...

Sakit sgt..takut nk refer doc


October 12, 2018 at 10:27 PM
Unknown said...

Salam.anonymous mcm mane penyakit buasir sekarang dan kat mane awak buat rawatan tu


October 16, 2018 at 10:41 AM
Unknown said...

Slam.anonymous mcm mane penyakit buasir awak sekarang dan kat awak buat rawatan tu


October 16, 2018 at 10:43 AM
Anonymous said...

Saya br buat kaedah stapler dlm 3hari lepas. Alhamdulillah sekarang sy dh xseksa mcm sebelum ni. Saya dh pergi 4hospital pakar bertanya kan kaedah yg terbaik...


November 10, 2018 at 6:21 AM
Ani Asleen said...

Assalam klu buasir luaran blh pki kaedah stapler ke


March 9, 2019 at 5:49 AM
Unknown said...

Berapa kos utk satu staple? Biasanya kalau hemoroid tahap 3 ( 12 dan 3 o,clok) berapa stapler diperlukan. Masa andoscop tu ada pelali? Sakit ke masa kena pelali dan bahagian mana dimasukan pelali?

Tksh.


March 19, 2019 at 7:58 AM
Ani Asleen said...

Maaf bertanya, buat di hosp mana?


April 28, 2019 at 3:59 AM
Ani Asleen said...

Saya pun tercari2 info adakah buasir luar blh guna kaedah ni


April 28, 2019 at 3:59 AM
Unknown said...

Buat dekat mana ya? Hospital mana


May 1, 2019 at 12:42 PM
Amirul said...

Buat kt hospital mana yer


June 10, 2019 at 8:47 AM
Mohd nazri said...

Sy dah buat dekat KPJ Johor. Dah 3 minggu masalah sekarang buang air berdarah lg.kena g jumpa doktor semula. Buat stepler dan lazer kata Dr.


August 5, 2019 at 2:46 AM
Feya said...

Hsbn selepass buat stepler ada 2bonjol kt tepi lubang jubur adakah itu normal bagi yg buat kaedah stepler?


July 22, 2020 at 7:58 PM
Anonymous said...

Saya pun buat rawatan stapler mgu lpas..ada 1 bonjol kt tepi.. Bonjol tu sakit dan membengkak masa nk membuang air besar. Hsbn puan mcmana skrg? Bonjol tu masih ada ke? Mengganggu tak bonjol tu.


December 18, 2020 at 5:22 PM
Anonymous said...

Sy br 2mgu lpas buat kt kpj johor dgn dr ballan. Sakit membuang masih ada, dan seperti ada benjolan disebelah luar selepas operation. Adakaj normal benjolan tu? Macamna keadaan encik skrg. Berapa lama ambil masa untuk pulih sepenuhnya?


December 18, 2020 at 5:27 PM
Unknown said...

sy baru hari ni buat stapler,lepas habis bius sakit ya amat , tlg sapa2 bg tips kurgkan sakit, sedang kesakitan


January 11, 2021 at 10:28 AM
Pinky said...

brp ya kos stapler kt kpj?


March 12, 2021 at 6:45 AM
Pinky said...

brp hari sakit tu baru elok mcm biasa..sy nk buat tapi rasa takut plak.. tp 6 thn dh tanggung sakit..


March 12, 2021 at 6:47 AM
En Ahmad said...

Ada rasa payah nak membuang tak lepas operate. Maksudnya alu ang dubur jadi sempit?. Saya mengalami benda ni lepas operatn


June 2, 2021 at 10:17 PM
En Ahmad said...

Ada rasa payah nak membuang tak lepas operate. Maksudnya alu ang dubur jadi sempit?. Saya mengalami benda ni lepas operatn


June 2, 2021 at 10:17 PM
Unknown said...

Skrg ada rse mcmtu lagi ke? Rse sempit tu?


December 19, 2021 at 4:50 AM

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Tupperware Kiosk Online! All Rights Reserved