Jangan tersalah pakai Tupperware

on Thursday, June 6, 2013

Salam pagi Jumaat semua! Sejuk pagi ni. Sedang berkira2 utk 'masuk' office pagi ni tergerak hati saya utk menulis tentang betapa ramai orang sebenarnya yang tak tau penggunaan sebenar Tupperware. Kalau buat party tu ramai la yg melopong & cakap "Laaaa.. baru tau rupanya yang ni utk ni" atau "Owh! baru tau tak boleh simpan biskut dalam ni...". Lagi frust bila ada yang datang kat kita & merungut2 yang Tupperware ni tak bagus la.. Harap bayar je mahal tp qualiti takde la.. Biasanya perkara pertama yg saya tanya ialah apa yg akak simpan tu & di mana?

Ramai orang tak tahu semua product Tupperware bersaiz 4 segi tak sesuai isi biskut & makanan berkuah! Kasi highlight sikit haaaa.... Kalau isi biskut pun boleh tahan paling lama 2 minggu... Paling lama ye, kalau bekas tu dah lama pakai & seal dah longgar kadang2 sehari pun dah lemau.. Kalau akak isi laksa dalam square round tu meleleh kak! Utk isi biskut carilah bekas Tupperware yg bulat penutupnya sbb ianya kedap udara & air. Bukan apa, kesian tgk budak2 g skolah beg basah sbb bekal tumpah tp paling tak suka bila en husbang complaint makanan tumpah dalam kereta kan? hu.. hu..

Untuk ketahui kegunaan sesuatu product tu kita kena tengok apa product tu. Contohnya modular mates mini rectangular ni... Kat atas tu dah tulis dah 'Organize your kitchen with modular storage solutions' jadi kegunaannya adalah utk menyimpan bahan2 kering di dapur. Tadi saya ada bgtau bekas 4 segi masuk angin kan? So jgn isi biskut dlm tu, isi la kacang tanah ke, kacang soya ke, pucuk taufu ke. The idea is kita nak dapur kemas, makanan tertutup kemas supaya tiada lipas atau kumbang2 kecil kat makanan kita yg tak disimpan rapi tu.

Nak isi biskut saya recommend one touch sbb product ni menang anugerah utk 'Best Airtight Container'. Kebetulan skrg ni tgh ada offer utk bekas ni tp kecik kenot je la.. kalau nak order isi order form ye hi.. hi.. Ok, kat atas tu pun ada tulis 'Keep titbits crisp and fresh' tp masalahnya ramai orang complaint penutupnya ketat sgt la pula. Buka kadang2 melayang biskut! Ha! ni mesti tak tau cara yg betul utk tutup & buka kan? Takpe, saya ajarkan kejap...


Perasan tak kat penutup tu ada anak panah? Maksudnya dia nak kita tekan kat situ. Kalau nak tutup kita letakkan dulu bekas tu atas meja & tekan kat tengah2 anak panah tu guna tapak tangan sehingga bunyi 'tap!'. Anak saya 8 tahun tu guna siku je hi.. hi.. Nak buka pula, letakkan bekas tu atas meja. Pastu ibu jari tekan kat anak panah sambil 4 lagi jari buka penutup tu. Kalau tak letak atas meja tu la biskut melayang tu! hi.. hi.. 

Saya harap ilmu kali ni bermanfaat sbb ramai yg sy tengok beli sbb cantik tp tak beli ikut kegunaan & apa yg perlu. Tupperware ni mahal jadi kalau beli tu sila lah pakai & maksimumkan duit yg anda belanja kan tu ye.. InsyaAllah walau sikit pun anda belanja tp kalau betul cara guna anda akan rasa berbaloi sgt keluar duit tu. Ada rezeki nnt saya tulis pula pasal product2 yg lain ye.. Salam jumaat & have a nice weekend ahead!

p/s : Moral of the story sebelum beli tu baca kat katalog tu apa kegunaan product tu ye


Ranking: 5

{ 12 comments... read them below or add one }

Arina yusof said...

hurmm pagi tadi saya baru je merungut sebab kuah soto saya tertumpah.. saya letak dalam square round. sebelum ni letak kuah pun tumpah. padahal saya letak bekas tu dalam lunch bag yang rata.. tapi ada la goyang2 sikit sebab bekas tu letak atas seat kereta...

aritu pun ada minyak yang spill off sikit dekat beg husband. habis saya kena marah.. huhuhhu.. yang tu tak ingat tupperware product range yang mana...

so, boleh bagi suggestion product range yang mana yang sesuai untuk letak kuah2 untuk bawak bekal gi ofis? yang bentuk square ada tak?

what happened kalau kita letak certain tupperware dlm microwave, dia akan buat tupperware tu mengembang ke?

please please i need your suggestion. tq


September 12, 2013 at 6:26 PM
Unknown said...

ramai sebenarnya yg salah pakai Tupperware ni.. tapi kalau mencapai matlamat xpe tp kalau lebih mendatangkan mudarat tu susah juga.. ada yg bagi anak minum guna stor n pour (bekas kicap) tp xpe lagi sbb mmg masih boleh minum pun dalam tu.. masalahnya bila ada orang letak kuah kacang yg panas dalam freezermate itu akan merosakkan bekas tu & juga membuatkan kuah kacang tu meleleh keluar.. itu masalah! kemudiannya orang akan kata bekas Tupperware tak bagus.. sebenarnya pemakaian tu yg tak kena.. ok, takpe.. mari kita tengok masalah di sini pula hi.. hi.. :-)

macam yg saya tulis di atas semua bekas Tupperware yg penutupnya 4 segi mmg tak kedap udara (kecuali dinyatakan).. bekas yg sesuai utk isi makanan berkuah ialah bekas Tupperware yg penutupnya bulat.. tp jangan isi makanan dalam tu masa ianya masih panas.. dah suam sikit baru isi.. tapi kalau range crystalwave mmg semuanya kedap udara & boleh panaskan dalam microwave.. tp panaskan dalam microwave pun boleh kurang dari seminit je sekali reheat.. kalau tak panas lagi masukkan lagi sekali tp kurang dari seminit.. sbb tu saya sebenarnya lebih suka bawa bekal guna bekas bulat.. senget & tergolek2 pun dia tak tumpah sebab dia kedap udara & kedap air.. tp ramai orang suka bawa bekas 4 segi, mungkin sbb jimat ruang & senang bawa kot hi.. hi.. bekal2 sekolah anak saya pun semuanya bulat (awak boleh tengok kat fb).. bekal 4 segi cuma letak makanan tak berkuah seperti fries, sandwich, nugget, etc.

kalau nak panaskan makanan dalam microwave saya suggestkan crystalwave aje sbb mmg direka khas utk microwave.. kalau yg lain2 tu jangan cuba sbb takut cair nanti.. beli la yg bulat & 4 segi supaya boleh asingkan yg kuah & yg kering.. nak makan nanti panaskan aje.. :-)

saya advise, kalau tengok katalog nanti tengok kat page tu bekas tu untuk apa.. biasanya ada tulis kat situ bekas tu untuk apa.. contohnya square round tu mmg direka utk simpan sayur.. fyi small goody box tu juga tak kedap udara ye.. kalau setakat goreng tu ok lagi itupun kena tegakkan dia dalam kereta supaya minyak2 tu tak meleleh :-)

saya harap jelas penerangan saya tp kalau ada pertanyaan lagi jangan malu tanya ye :-)


September 13, 2013 at 6:15 AM
NaTRaSHa said...

bekas apa pula yang sesuai untuk simpan serbuk seperti susu tepung, milo, gula dan yang sewaktu dengannya ya? Saya hanya siimpan dalam square round tu...tak sesuai ye?


September 10, 2014 at 1:47 AM
Unknown said...

Bekas apa sesuai untuk simpan mknn yg dah masak dlm fridge


October 17, 2014 at 5:17 PM
Unknown said...

Natrasha : Macam milo & nescafe yg cepat keras tu sesuai simpan dalam one touch sbb penutupnya yg kedap bahan2 tadi lambat mengeras.. Kalau macam gula tu mmg tak masuk angin tp bila kita nak cepat & mudah buat air @ guna senang tutup & buka sbb cuma tekan kat tengah je.. Kalau square round kita kena pastikan 4 penjuru tu rapat & selalunya penutupnya mudah koyak kalau kita salah buka :-)
Siti nabila : Terpulang pada makanan yg awak nak simpan.. Kalau nak simpan kari ayam dalam freezer & balik kerja nanti nak panaskan dalam microwave & terus makan bekas yg sesuai ialah rock n serve.. Kalau nak kita ada sikit lagi stock ni.. Kalau agar2, puding @ kek boleh simpan dalam square round aje & simpan bahagian dingin tu.. Kalau makanan frozen macam karipap, cucur badak, pulut panggan tu boleh simpan dalam freezermate & bila nak masak nnt keluarkan & goreng dalam kuali.. :-)


November 14, 2014 at 6:13 PM
Esfarisya Asri said...

Waaa bagus sharing ni.saya baru nak berjinak2 ngan tupperware ni n dah start membeli tp mcm terlebih beli modular mates sbb cantek.hihi.sesuai bhn kering la ye.milo susu kena beli one touch rupanya.tu la baru nak mengkaji ni.freezer mate pun dah beli utk letak lauk kat freezer. Kalau sayur2 guna freezer mate juga sesuai tak?or lebih sesuai yg snow flakes tu ye.tq in advance.


May 7, 2015 at 12:04 AM
Unknown said...

Boleh je simpan sayaur dalam freezermate tp sebaik2nya snowflakes la sbb dah mmg direka utk sayur.. Lagi pun nnt nak simpan ikan dah nak kena keluarkan pula sayur tadi so dah makan masa so nanti membazir masa lak.. Baik simpan makanan ikut bekas yg sesuai jadi kita jimat masa & menggunakan bekas tu dengan sebaik2nya :-D


January 18, 2016 at 5:45 AM
Lela Berduka said...

Aduhai.. Sy lemah skit bila produk tu nyatakan kegunaannya dlm b.i.
Huhu


June 6, 2018 at 11:16 PM

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Tupperware Kiosk Online! All Rights Reserved